tekk..sii The Best Taxi Service in JB - DEDICATED & FRIENDLY
Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Memerhati yg tersayang tidur

Bacalah n jiwailah..bayangkan....pernahkah anda buat macam ni?

Memerhati yg tersayang tido

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....


Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "


~leyzajamil~

Monday, March 14, 2011

Ya Allah perkenankan doaku ini..

Ya Allah..
perkenankan doaku ini Ya Allah,
aku begitu dambakan kehadiran seorang zuriat dari darah dagingku sendiri,
zuriat yang sempurna cantik rupa parasnya dan bijak keletah membesar,

Bertahun2 lamanya ku nantikan dengan sabar,
terkadang hilang jugak kawalan emosiku, mujur sempat disabarkan si suami,
Kelmarin, genap usia kelima tahun ulang tahun perkahwinanku dengan dia,
Alangkah manisnya hubungan kami jika diserikan dengan kehadiran zuriat kurniaanMu Ya Allah.


Subhanallah..
Maha Suci Allah..


Perkenankan doaku ini Ya Allah,
berikanlah kami berdua peluang untuk menikmati bahagianya menjadi ibu ayah,
Kau pinjamkan lah kepada kami zuriat dari SyurgaMu,
untuk menceriakan kesepian alam rumahtangga kami berdua..

Hanya Kau yang Maha Mengetahui Segala2nya Ya Allah..
Amiin..



~leyzajamil~

Tuesday, March 1, 2011

Umrah & Haji

Usia yang masih muda gagah jika bekemampuan pergilah Umrah & tunaikan Haji. Ada yang sungguh bertuah sebab ada famili atau sesape yang menaja pemergian ke Tanah Suci, ada pulak yang lagi bertuah bila menang hadiah utama pergi Umrah..huhu bestnya, ada sesape nak taja i pegi Umrah tak? Macam si Shaheizy Sam tu, menang besar hasil berlakon aje. Bertuahnya badan ko Sam.


credit to liyana dan www.budiey.com

OkLAH .. diumumkan barangsiapa yang jadi follower i yang ke-10,000, i hadiahkan pakej Umrah untuk 2 orang. IAllah kalau sampai jumlah follower sebegitu ramai..who knows kan??

Stori pasal gi Umrah ni, my Daddy, Mommy & my lulu Sister akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan Umrah err..hari ni Selasa..Rabu..Khamis..haa hari Sabtu 5hb MAC official date diorang berangkat ke sana..my officemate pon ke sana jugak bawak wifenya, dan kalau tak salah anak2 arwah Dato Sosilawati pon pergi ke sana untuk tempoh yang sama.

Papepon, tak kirala sesapa pun yang pergi, yang penting peluang buat ibadah Umrah di sana jangan dipersia2kan..Lainla kalau mewah RM nak pergi banyak kali pon tak kisah tapi tu da macam riak la pulak nunjuk2..tetapkan nawaitu dalam hati, pohon la doa banyak mana pon IAllah ada keberkatan di sana yang akan kita perolehi. Lain kali, aku mohon dipanjangkan usia untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci tunaikan Umrah & Haji sekaligus IAllah..


update!!


antara Pakej Umrah 2011 untuk dikongsikan..


~leyzajamil~

Saturday, February 26, 2011

mancis oh mancis..

Mancis brand lain tak nak, nak brand cap Lada jugak..
Cerewet yang amat sangat sampai aku pon kadang2 da fedup..
apa..guna mancis cap Lada ni bila masak lebeh sedap ke apa??

(sekotak besar ada 10 kotak kecik mancis 
cap Lada dalam RM1.80 kalau tak silap)

Pagi ni sebelum g keje berselisih faham dengan dia, jugak pasal kotak mancis..
Dia tanya mana aku letak kotak mancis??
Aku sabarkan aje..ada tu dalam locker bawah sinki tu.
ye lah aku tengah siap2 nak g keje da lambat sangat ni.
Rupa2nya dia mencari satu kotak mancis yang besar tu bukan yang sekotak kecik tu.





Aku jawabla, gunalah sekotak mancis kecik ni, yang selebihnya kita simpan dalam rak sana
'kenapa nak sembunyi pulak, kan nak guna'
'bukan sembunyi, simpan nanti letak sini semua cepat habis'
diam..
aku terus g keje, da lambat sangat da ni..
makin dilayankan lagi parah 'perbualan' kami nanti..

Aku bukan nak biadap, tapi kadang2 kerana sekotak mancis punya pasal pun bule gaduh bermasam muka. Aku manusia biasa, bukan semulia Nabi Muhammad SAW yang tinggi peribadi akhlaknya. Aku akui aku kadang2 hilang sabar dengan kerenahnya. Aku bayangkan betapa bahagianya punya mom in low yang mesra rakyat & sporting, aku sanggup duk ngadap dia 24jam. Tapi bila gini, aku kenalah terima hakikat da naseb aku, tapi sampai bila??

''Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul''


Aku sedeh sangat2 kenapa begini naseb aku T_T

satu van aku bagi kang!


Gambar : Google bagi


~leyzajamil~

Sunday, February 13, 2011

ARE YOU TALENTED??

Adakah kamu berbakat, apa bakat kamu??

Bakat yang ada jangan dipendam dan jangan dibiarkan..
Tak kirala bakat apa pun, samada dikesan semulajadi atau ia dicungkil bakat adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Bakat juga kadang2 boleh menjadi trademark seseorang sehingga menjadi ikon kepada orang lain.

Dia amat berbakat orangnya, berbakat dalam dunia lukisan & muzik. Mostly masa utamanya lebih ke arah seni lukisan. Bakat melukisnya telah dapat dikesan sejak zaman kecilnya lagi sehinggalah sampai ke tahap sekarang. Sesungguhnya secara peribadi, aku amat kagum dengan kebolehannya. Tetapi amat sayang kerana bakatnya tidak dapat diperkembangkan di negara sendiri mengikut saluran yang benar2 boleh membantu mempromosikan hasil lukisannya itu. Apa yang aku faham, sekarang dia sedang berusaha keras menghasilkan sebuah komik animasi grafik ideanya sendiri.

Aku tunjukkan beberapa contoh animasi komik yang bakal dikeluarkan tak lama lagi..Aku sendiri pun takde komik nak dikeluarkan..apatah lagi nak melukis kaku macam kayu.


Sebelum ni juga dia telah menyertai satu festival lukisan grafiti besar2an anjuran Balai Seni Lukis Negara dan DBKL yang berjaya mengumpulkan kesemua penggiat & peminat grafiti tempatan. Aku berbangga dengan dirinya. Sekurang2nya dia dapat menimba pengalaman berharga daripada penyertaannya itu. Terima kasih kepada harian metro yang menyiarkan berita tentang festival itu.



Nama femesnya Monche Ruevaga .. he is my 3rd of my 5th siblings all of us..kata orang tua2 anak ketiga ni pelik siket daripada adik bradik yang lain. Aku rasa betul la tu..memang dia beza daripada yang lain sebab dia gelap sket, degil pun iya tapi baik hatinya. Aku as kaklong nak doakan smoga tercapai segala impian dan cita2 nak sebaris dengan kartunis negara. Mana la tau rezeki dia, Allah yang Menentukan. Aku yakin dengan kebolehan dan semangat juang dia yang tak mudah putus asa.

Teruskan usaha & bertawakal kepadaNya, IAllah kemenangan akan diperolehi. Kami sekeluarga sayang kamu ..


~leyzajamil~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOP!!! iklan sebentar..

SMS / TEL : 0162581268 atau email hasliza_jamil@yahoo.com

:: BLOG BIZNESKU ::

Thank You Myspace Comments