tekk..sii The Best Taxi Service in JB - DEDICATED & FRIENDLY

Friday, December 23, 2011

Kecacatan Hadi jadi perangsang untuk berjaya.


Tahniah kat adik2 yang dah pun dapat keputusan PMR semalam. Ada yang cemerlang, terlebih cemerlang pun ada tak kurang juga ada segelintir yang dapat keputusan kurang memuaskan. Tak berjaya tu bukan lah gagal selama-lamanya, gandakan usaha lebih lagipun ada satu exam yang lebih penting untuk ditempuh dua tahun depan SPM.

Sebenarnya, saya nak luahkan rasa kagum dan salute kat adik Muhammad Hadi Darus sebab dia berjaya cemerlang walaupun dirinya dalam kekurangan upaya diri, tapi tengoklah macamana besarnya semangat dan azam yang tertanam dalam diri dia untuk berjaya. Dia tak nak jadikan kekurangan diri penghalang untuk dia berjaya dalam pelajaran. Jadi tak ada yang mustahil dalam kehidupan kita, sesiapa saja boleh berjaya janji diiringi dengan usaha, semangat, doa dan tawakal.

sumber

Teruskan usaha semoga adik Hadi dan rakan2nya yang lain beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Buat yang gagal kali ni, jadikan kesilapan lepas sebagai iktibar kita janganlah saling menyalahkan satu sama lain. Ingat!!! satu jari telunjuk kita tunjuk kat orang lain, lagi empat jari patah balik kat kita. Tak kiralah apa pun kita nak buat dalam hidup kita, perlulah berlandaskan hala tuju yang fokus dan matlamat yang tepat iAllah kita semua pasti berjaya.

All the best!!!


~leyzajamil~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOP!!! iklan sebentar..

SMS / TEL : 0162581268 atau email hasliza_jamil@yahoo.com

:: BLOG BIZNESKU ::