tekk..sii The Best Taxi Service in JB - DEDICATED & FRIENDLY

Saturday, February 26, 2011

mancis oh mancis..

Mancis brand lain tak nak, nak brand cap Lada jugak..
Cerewet yang amat sangat sampai aku pon kadang2 da fedup..
apa..guna mancis cap Lada ni bila masak lebeh sedap ke apa??

(sekotak besar ada 10 kotak kecik mancis 
cap Lada dalam RM1.80 kalau tak silap)

Pagi ni sebelum g keje berselisih faham dengan dia, jugak pasal kotak mancis..
Dia tanya mana aku letak kotak mancis??
Aku sabarkan aje..ada tu dalam locker bawah sinki tu.
ye lah aku tengah siap2 nak g keje da lambat sangat ni.
Rupa2nya dia mencari satu kotak mancis yang besar tu bukan yang sekotak kecik tu.





Aku jawabla, gunalah sekotak mancis kecik ni, yang selebihnya kita simpan dalam rak sana
'kenapa nak sembunyi pulak, kan nak guna'
'bukan sembunyi, simpan nanti letak sini semua cepat habis'
diam..
aku terus g keje, da lambat sangat da ni..
makin dilayankan lagi parah 'perbualan' kami nanti..

Aku bukan nak biadap, tapi kadang2 kerana sekotak mancis punya pasal pun bule gaduh bermasam muka. Aku manusia biasa, bukan semulia Nabi Muhammad SAW yang tinggi peribadi akhlaknya. Aku akui aku kadang2 hilang sabar dengan kerenahnya. Aku bayangkan betapa bahagianya punya mom in low yang mesra rakyat & sporting, aku sanggup duk ngadap dia 24jam. Tapi bila gini, aku kenalah terima hakikat da naseb aku, tapi sampai bila??

''Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul''


Aku sedeh sangat2 kenapa begini naseb aku T_T

satu van aku bagi kang!


Gambar : Google bagi


~leyzajamil~

Wednesday, February 23, 2011

Jakel..budi bahasa seindah kain dijual


Sekali lagi aku menjadi 'driver' kepada my mom in law, to be her bodyguard semasa di Jakel Tampoi lepas maghrib kami keluar rumah..Wah!! sangat lengang sekali sampai boleh berdansa dalam ruang niaga Jakel berbeza jika waktu jualan harga runtuh, padat sempit macam ikan sadin. Tadi tenang sempoi aje kedatangan kami disambut mesra oleh staf Jakel, masing2 riuh mulut bertanyakan apa yang kami dok cari..

Uniform staf Jakel pun da bertukar baru, nampak lebih kemas dan seragam semuanya. Jadi aku harap keramahan staf Jakel melayan pelanggan berkekalan walaupun bila datang musim jualan murah Jakel, al maklum waktu genting yang penuh sesak tentunya membuatkan staf Jakel hilang sabar dengan macam2 kerenah pelanggan.

Aku rasa berbaloi temankan my mom in law tadi, aku dapat geng baru yang keje dalam Jakel..mudah la aku nak dapatkan diskaun bila shopping sana nanti ;)..

aku tanya sapa nama awak?
dia jawab panggil aje saya 'nyot'..
masya Allah, muka lawa2 panggil nama 'nyot'..
nama glemer saya kat sini kak -.-'


more info : Jakel Trading


~leyzajamil~

Saturday, February 19, 2011

dRiVE SaFEly

amik masa berehat sebentar bersama kit~kat ;)
heheh..borink la tu ngadap keje di hari sabtu.

nak share perasaan sebak kerana pagi tadi on the way ke tempat keje, aku melepasi kawasan kejadian eksiden maut antara penunggang moto dengan lori besar (tak perasan lori ape). Aku sedeh sbb pagi2 da ternampak kejadian yang mengerikan. Serta merta aku menggeletar sejuk kaki tangan, mujur sampai dengan selamat di tempat keje.

Aku tak tau macamna kejadian boleh berlaku..jem sepanjang2 tidak. Apapun jika si mati muslim marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh si mati, tapi jika sebaliknya, kita patut tumpang bersedeh atas kematian tragis si mati. Apa akan jadi kepada keluarga yang ditinggalkan, anak2 jika masih kecil dan bersekolah, manakala isteri yang tak bekerja? Ajal maut kita tak jangka bila dan di mana?..

Wahai para penunggang motor di luar sana, aku menyeru tungganglah kenderaan kamu dengan cermat. Kadang2 ada segelintir kamu suka sangat bawak motor di tengah2 highway lagak gaya macam makan angin gamaknya..bahaya tu!!!




klik kalau nak tengok photo 18SG..ngeri siot @_@

Berhati2 Di Jalanraya..
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT


~leyzajamil~

Thursday, February 17, 2011

resepi cekodok

Mari sini kepada semua penggemar kueh cekodok..inginkan cekodok kamu rasa sedap apabila dimakan, lembut dikunyah lumat bila ditelan? Ini ada satu rahsia..

pastikan semasa kamu menggaul tepung untuk diuli tu jangan terlalu banyak air, just nice agak2 tak terlalu cair bancuhan tepung tu. bukan apa bila kite nak menjemput tepung masuk ke dalam minyak panas mudah & cantik aje bentuk jemputan tu. pastikan minyak da betul2 panas baru mula menggoreng jika tak cekodok kite akan menakung minyak..



Goreng agak2 garing biar rangup crunchy bila dimakan..pergh makan tak hengat punya lah..lawankan pulak dengan secawan kopi panas kaw2 takpun kopi janda ais..hmm sedapnya maveles. Bila perut da terisi kenyang tahap melampau, apakata kite relax2 sambil korek celah2 gigi kot2 terlekat sisa cekodok tadi, kite godek2 blog cekodok .. haha di situ nanti korang akan dihiburkan dengan ayat2 blognya yang sempoi dan bersahaja. Jangan la pulak ketawa t'bahak2 karang terkeluar balik cekodok yang korang makan tadi..rugi jek..haha

gambar : dapur google ;)


~leyzajamil~

Monday, February 14, 2011

Kempen Menyemai Cinta



a..a..aa..

ini bukan nak cite pasal hari cinta yang dilarang agama Islam untuk menyambutnya. Sebaliknya aku nak recall semula apa yang aku dengar dalam berita 4jam lalu. Al-maklumlah aku ni pelupa orangnya..setidak2nya dengan adanya post ni aku boleh review sebanyak mana aku suka kan..

Pasal kasih sayang la ni..dalam kesibukan kita seharian apalagi zaman kelam kelibut semua nya nak ekspres je sekarang ni, kita manusia terlupa, terleka, terlalai dan segala bagai ter dengan orang2 sekeliling yang dahagakan kasih sayang kita. Suami dengan sang Isterinya, IbuAyah dengan Anak2nya, AbangKakak dengan Adik2, Guru dengan para muridnya, kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW & sebagai hamba Allah dan banyak lagi. Apa tanggungjawab kita sebenarnya dalam menyemai kasih sayang sesama kita. Terlalu meluas konsep kasih sayang untuk diperkatakan..

Dipendekkan cerita, diberikan perbandingan antara dua orang anak yatim yang diambil sebagai anak angkat oleh dua famili. Famili A kaya dengan harta benda, diberikan makan minum keperluan yang cukup kepada si anak yatim A tadi. Manakala famili B sederhana kehidupan mereka maka keperluan si anak yatim B sekadar yang ada. Tapi anak yatim B membesar dengan sihat, ceria & cerdik padahal dibesarkan dalam famili sederhana sahaja..kenapa?? Kerana famili B kaya dengan pelukan kasih sayang yang tak berbelah bahagi..



Sebab itula..kita digalakkan memeluk pasangan atau orang yang kita sayangi paling minimum 8 kali sehari..kalau lebih lagi bagus la bertambah hangat hubungan tu ahai (untuk hubungan halal ye). Setiap kali anak bangun tidur, pandang wajah ibu terpa dan peluk ibu katakan 'Ibu..saya sayang Ibu' dan si ibu kenalah membalas 'Ibu sayangkan kamu juga'..contoh yang serupa antara pasangan suamisteri. Pelukan dan ciuman kasih sayang inila terapi cinta yang paling berkesan dalam menimbulkan mood & perasaan positif dalam diri seseorang.

Bagaimana cara kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW & Allah? Kenalah kita banyakkan selawat kepada baginda, berzikir / beristigfar, membaca Kalam Al-Quran dan sentiasa melakukan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang ditegah dilarang. IAllah lengkap lah keperluan batin nurani kita dalam melalui kehidupan seharian..Mudah2an.

''Mukmin itu diamnya fikir cakapnya zikir''

p/s : peringatan untuk diriku yang selalu alpa dan leka :'(


~leyzajamil~

Sunday, February 13, 2011

ARE YOU TALENTED??

Adakah kamu berbakat, apa bakat kamu??

Bakat yang ada jangan dipendam dan jangan dibiarkan..
Tak kirala bakat apa pun, samada dikesan semulajadi atau ia dicungkil bakat adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Bakat juga kadang2 boleh menjadi trademark seseorang sehingga menjadi ikon kepada orang lain.

Dia amat berbakat orangnya, berbakat dalam dunia lukisan & muzik. Mostly masa utamanya lebih ke arah seni lukisan. Bakat melukisnya telah dapat dikesan sejak zaman kecilnya lagi sehinggalah sampai ke tahap sekarang. Sesungguhnya secara peribadi, aku amat kagum dengan kebolehannya. Tetapi amat sayang kerana bakatnya tidak dapat diperkembangkan di negara sendiri mengikut saluran yang benar2 boleh membantu mempromosikan hasil lukisannya itu. Apa yang aku faham, sekarang dia sedang berusaha keras menghasilkan sebuah komik animasi grafik ideanya sendiri.

Aku tunjukkan beberapa contoh animasi komik yang bakal dikeluarkan tak lama lagi..Aku sendiri pun takde komik nak dikeluarkan..apatah lagi nak melukis kaku macam kayu.


Sebelum ni juga dia telah menyertai satu festival lukisan grafiti besar2an anjuran Balai Seni Lukis Negara dan DBKL yang berjaya mengumpulkan kesemua penggiat & peminat grafiti tempatan. Aku berbangga dengan dirinya. Sekurang2nya dia dapat menimba pengalaman berharga daripada penyertaannya itu. Terima kasih kepada harian metro yang menyiarkan berita tentang festival itu.



Nama femesnya Monche Ruevaga .. he is my 3rd of my 5th siblings all of us..kata orang tua2 anak ketiga ni pelik siket daripada adik bradik yang lain. Aku rasa betul la tu..memang dia beza daripada yang lain sebab dia gelap sket, degil pun iya tapi baik hatinya. Aku as kaklong nak doakan smoga tercapai segala impian dan cita2 nak sebaris dengan kartunis negara. Mana la tau rezeki dia, Allah yang Menentukan. Aku yakin dengan kebolehan dan semangat juang dia yang tak mudah putus asa.

Teruskan usaha & bertawakal kepadaNya, IAllah kemenangan akan diperolehi. Kami sekeluarga sayang kamu ..


~leyzajamil~

Wednesday, February 9, 2011

Sendiri Fikir La..

Dalam hidup ni kalau tak kenang jasa tak kenang budi baik orang lain kat kita memang tak patut. Banyak contoh perumpamaan tentang membalas budi ni antaranya 'ibarat melepaskan anjing yang tersepit' dan 'bagai kacang lupakan kulit' dan 'madu diberi tuba dibalasnya'.. kenapa orang dulu2 suka sentuh bab2 kenang jasa ni?

mestilah bersebab, kesan ketara sampai sekarang ia sesuai digunakan untuk merujuk sesetengah orang yang tidak tahu nak menilai kebaikan orang lain. Sekurang2nya kalau tak mau kenang jasa orang lain, sebaik2nya ungkap kan kata2 'Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu' .. sedap dan sejuk hati bila mendengar.

Sedangkan binatang pun pandai nak balas budi baik manusia, inikan pula kita sesama manusia. Binatang ingat setiap kebaikan yang kita bagi contohnya kucing, dijilat2nya kaki kita terliuk-lintuk nak bermanja dengan kita tanda ucap terima kasih. Tapi kita manusia lumrahnya sebati dengan rasa ego, bongkak, angkuh (samalah tu kan?) .. sesekali kesenangan membuatkan sesetengah kita lupa daratan, mendongak ke langit sampai terlupa pada tanah yang dipijak.



Aku ingin mengingatkan diri aku sendiri jangan sesekali menjadi sombong bila da rasa nikmat kesenangan suatu hari nanti. Putaran hidup kita umpama roda, hari ni kita di bawah esok lusa siapa tau kita duduk di atas pula. Dan Allah tu Maha Adil. Masya Allah..ketika senang kita lupa kepadaNya, tapi bila ditimpa kesusahan kita baru nak bentang sejadah menadah tangan meminta merayu kepadaNya. Jangan lekakan aku Ya Allah, jangan jauhkan aku dariMu Ya Allah.




iAllah i will.. :)

p/s : video dikongsikan by my beloved sister Husna Jamil..i luv her very much :)

Tuesday, February 1, 2011

first of all..i would like to thanks million lemon to certain blogger yang tak kedekut ilmu & info utk di kongsikan..aku respek kat diorg yang sudi reply my mesej, padahal diorg tu pangkat adik2 je ngan aku..tak mcm setengah2 blogger yang terasa dirinya da hotai dalam dunia blog, langsung tak reply mesej aku. ok fine :) no heart feeling here..mungkin diorg bz almaklumla blog pun da beribu2 follower..mmg patut diorg bz.

yup..mcm kata setiap blogger, amalan mengkopi pes memang dibenci, sejujurnya tak nak terjadi kat diri mereka. samala dgn aku, aku terfikir untuk menyelamatkan semua entri kesayangan aku ni daripada dicilok oleh mereka yang nak jalan mudah aje.

Sebab rajin blogwalking banyak info tip yang aku dapat antaranya tips untuk Right-Click Disabled ..tq fieqa :)

rajin jugak search kat Google..ni pun ada diajarkan jugak mcmne nak jaga privacy setiap entri & imej kita.

Conclusionnya cukup mudah, nak copy pes bole tapi back link semula link empunya blog..jgn buat muka slumber bodo mcm itu entri ana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOP!!! iklan sebentar..

SMS / TEL : 0162581268 atau email hasliza_jamil@yahoo.com

:: BLOG BIZNESKU ::

Thank You Myspace Comments