tekk..sii The Best Taxi Service in JB - DEDICATED & FRIENDLY

Saturday, February 26, 2011

mancis oh mancis..

Mancis brand lain tak nak, nak brand cap Lada jugak..
Cerewet yang amat sangat sampai aku pon kadang2 da fedup..
apa..guna mancis cap Lada ni bila masak lebeh sedap ke apa??

(sekotak besar ada 10 kotak kecik mancis 
cap Lada dalam RM1.80 kalau tak silap)

Pagi ni sebelum g keje berselisih faham dengan dia, jugak pasal kotak mancis..
Dia tanya mana aku letak kotak mancis??
Aku sabarkan aje..ada tu dalam locker bawah sinki tu.
ye lah aku tengah siap2 nak g keje da lambat sangat ni.
Rupa2nya dia mencari satu kotak mancis yang besar tu bukan yang sekotak kecik tu.





Aku jawabla, gunalah sekotak mancis kecik ni, yang selebihnya kita simpan dalam rak sana
'kenapa nak sembunyi pulak, kan nak guna'
'bukan sembunyi, simpan nanti letak sini semua cepat habis'
diam..
aku terus g keje, da lambat sangat da ni..
makin dilayankan lagi parah 'perbualan' kami nanti..

Aku bukan nak biadap, tapi kadang2 kerana sekotak mancis punya pasal pun bule gaduh bermasam muka. Aku manusia biasa, bukan semulia Nabi Muhammad SAW yang tinggi peribadi akhlaknya. Aku akui aku kadang2 hilang sabar dengan kerenahnya. Aku bayangkan betapa bahagianya punya mom in low yang mesra rakyat & sporting, aku sanggup duk ngadap dia 24jam. Tapi bila gini, aku kenalah terima hakikat da naseb aku, tapi sampai bila??

''Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul''


Aku sedeh sangat2 kenapa begini naseb aku T_T

satu van aku bagi kang!


Gambar : Google bagi


~leyzajamil~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOP!!! iklan sebentar..

SMS / TEL : 0162581268 atau email hasliza_jamil@yahoo.com

:: BLOG BIZNESKU ::