Bacalah n jiwailah..bayangkan....pernahkah anda buat macam ni?
Memerhati yg tersayang tido
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....
Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "
~leyzajamil~
BAGI SAPE2 YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN TEKSI MUATAN LEBIH BESAR DAN SELESA...DARI JB KE SEKITAR KAWASAN ATAU KE -KL / SELANGOR / KLANG VALLEY / LCCT / KLIA / GENTING / MELAKA / PORT DICKSON. SILA HUBUNGI @ MSG MR SAIFUL ANUAR : 016-7513460 @ 016-2581268 TEKSI SEPERTI YANG TERTERA PADA GAMBAR.. TEMPAH AWAL 1 JAM SEBELUMNYA...
Wednesday, March 23, 2011
Thursday, March 17, 2011
MAI..MAI..ni nak habaq ni..
Sambil kita berblogging,
ni nak bagitau ada cara2
nak beli buku / majalah / komik secara online
semua bahan bacaan ilmiah yang saya nak sarankan ni
berbentuk bacaan islamik..
ALHAMDULILLAH..
manfaat untuk dunia akhirat kita
Dengan taglinenya
BERILMU, BERIMAN, BERAMAL & BERJAYA!!
Segala2nya di hujung jari anda :)
MUDAH je kan???
jom klik
Monday, March 14, 2011
Ya Allah perkenankan doaku ini..
Ya Allah..
perkenankan doaku ini Ya Allah,
aku begitu dambakan kehadiran seorang zuriat dari darah dagingku sendiri,
zuriat yang sempurna cantik rupa parasnya dan bijak keletah membesar,
Bertahun2 lamanya ku nantikan dengan sabar,
terkadang hilang jugak kawalan emosiku, mujur sempat disabarkan si suami,
Kelmarin, genap usia kelima tahun ulang tahun perkahwinanku dengan dia,
Alangkah manisnya hubungan kami jika diserikan dengan kehadiran zuriat kurniaanMu Ya Allah.
Subhanallah.. Maha Suci Allah.. |
Perkenankan doaku ini Ya Allah,
berikanlah kami berdua peluang untuk menikmati bahagianya menjadi ibu ayah,
Kau pinjamkan lah kepada kami zuriat dari SyurgaMu,
untuk menceriakan kesepian alam rumahtangga kami berdua..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui Segala2nya Ya Allah..
Amiin..
~leyzajamil~
Saturday, March 12, 2011
N3 lepas geram + menyampah
nyampahla blog yg ada muka kembong2kan pipi,
herot berotkan mulut
senget2 kan mulut kenyit mata,
muka da lawa2 tu posingla cecantik..
:
:
:
:
:
:
:
ni mesti ada orang jawab..
eh suka hati aku lah..
ni blog aku..
:
:
:
:
v
:
:
:
v
sesuka hati kamu la.
yang penting elok2 aku nak folo blog kamu tu
terus naek menyampah
dan aku BLAH!!!
fuhhh!..lega sket dapat lepas geram kat sini.
sori guys..xpasal2 kene baca N3 poyos ni..
~leyzajamil~
Tuesday, March 8, 2011
Elakkan mandi malam..BAHAYA!!
Sakit2 sendi, jari2 tangan sudah terasa sakit bisa2 dan kebas2 kaki sesekali terasa jugak. Kengkadang dada pun terasa sakit senak semacam lagi2 bila cuaca sejuk. Pendek kata badan memang lemah dan lesu. Ini tak boleh dibiarkan, aku mesti cari jalan solution. Umur masih muda aku tak nak sakit2 badan. Aku tau itu antara simptom2 awal atau AMARAN buat aku supaya jangan mandi malam lagi. Dasar degil terima sendiri akibatnya!!
Aku tobat tak nak mandi malam lagi lepas ni. Walau panas sekalipun, kalau terpaksa mandi aku mesti mandi air hangat, tidur lebih lena. Tak pun gosok gigi, cuci muka cuci kaki celup2 dah cepat2 keluar jangan berkubang lama2 dalam bilik mandi. Jimatkan air pun ye jugak. Secara tak langsung ia membantu mengurangkan bayaran bil air untuk bulan seterusnya.
Antara kesan ketara akibat mandi malam ialah mengakibatkan sakit 'rematik' (ni mesti yang jumpa penyakit ni jugak pencipta matematik hihi..da sakit pun masih nak gurau2 lagi)
info : sumber rematik 1 & sumber rematik 2
Ini kesan terdekat yang MESTI aku elakkan :
~leyzajamil~
Aku tobat tak nak mandi malam lagi lepas ni. Walau panas sekalipun, kalau terpaksa mandi aku mesti mandi air hangat, tidur lebih lena. Tak pun gosok gigi, cuci muka cuci kaki celup2 dah cepat2 keluar jangan berkubang lama2 dalam bilik mandi. Jimatkan air pun ye jugak. Secara tak langsung ia membantu mengurangkan bayaran bil air untuk bulan seterusnya.
Antara kesan ketara akibat mandi malam ialah mengakibatkan sakit 'rematik' (ni mesti yang jumpa penyakit ni jugak pencipta matematik hihi..da sakit pun masih nak gurau2 lagi)
info : sumber rematik 1 & sumber rematik 2
Ini kesan terdekat yang MESTI aku elakkan :
MELAKA -
Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Ya Allah..sihatkan lah tubuh badanku
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos. Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu. Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
'Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
'Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja. Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh,' kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit. Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
'Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat,' katanya.
~leyzajamil~
Monday, March 7, 2011
nak jadi wartawan macam Mazidul?? ada caranya..
Alhamdulillah, akhirnya cita2 nak jadi wartawan hampir tercapai.
Aku akan diletakkan di bawah pengawasan & mendapat tunjuk ajar Saudara Mazidul Akmal Sidik. Mujurlah dalam beberapa bulan aku telah berkecimpung dalam dunia blog ni sedikit sebanyak dapat melatih tubi aku mengarang sesuatu yang terlintas di fikiran berkecamuk aku ini. Sekurang2nya dapat jugak aku menimba pengalaman dan tunjuk ajar daripada journalist otai tv3 ni..
hehe, berangan tak salah asalkan berniat baik.
Ini adalah untuk menyahut pelawaan Saudara Mazidul join 'Journalist Maya'..jeng..jeng..jeng ini la peluang aku nak baik2 ngan Mazidul..mana lah tau dia nampak bakat terpendam aku menulis terus di promote nye aku keje ngan tv3..mana la tau kannn, berangan lagi.
''Ikhlas, Ringkas, Cepat & Tepat'' ..
sendiri faham lah ye.
kena praktis buat artikel tak nak meleret2 lagi lepas ni. Lagi mudah bila disediakan format Borang Aduan. Tabik toink la kat Mazidul, aku yakin cara ni merapatkan hubungan masyarakat dengan dirinya yang perlukan maklumat terkini..dan secara tak langsung mesti nak meningkatkan lagi prestasi performance dirinya, bak kata 'sambil menyelam minum air' ye tak bang??
~leyzajamil~
Tuesday, March 1, 2011
Umrah & Haji
Usia yang masih muda gagah jika bekemampuan pergilah Umrah & tunaikan Haji. Ada yang sungguh bertuah sebab ada famili atau sesape yang menaja pemergian ke Tanah Suci, ada pulak yang lagi bertuah bila menang hadiah utama pergi Umrah..huhu bestnya, ada sesape nak taja i pegi Umrah tak? Macam si Shaheizy Sam tu, menang besar hasil berlakon aje. Bertuahnya badan ko Sam.
credit to liyana dan www.budiey.com
OkLAH .. diumumkan barangsiapa yang jadi follower i yang ke-10,000, i hadiahkan pakej Umrah untuk 2 orang. IAllah kalau sampai jumlah follower sebegitu ramai..who knows kan??
Stori pasal gi Umrah ni, my Daddy, Mommy & my lulu Sister akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan Umrah err..hari ni Selasa..Rabu..Khamis..haa hari Sabtu 5hb MAC official date diorang berangkat ke sana..my officemate pon ke sana jugak bawak wifenya, dan kalau tak salah anak2 arwah Dato Sosilawati pon pergi ke sana untuk tempoh yang sama.
Papepon, tak kirala sesapa pun yang pergi, yang penting peluang buat ibadah Umrah di sana jangan dipersia2kan..Lainla kalau mewah RM nak pergi banyak kali pon tak kisah tapi tu da macam riak la pulak nunjuk2..tetapkan nawaitu dalam hati, pohon la doa banyak mana pon IAllah ada keberkatan di sana yang akan kita perolehi. Lain kali, aku mohon dipanjangkan usia untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci tunaikan Umrah & Haji sekaligus IAllah..
update!!
antara Pakej Umrah 2011 untuk dikongsikan..
~leyzajamil~
Subscribe to:
Posts (Atom)
CHOP!!! iklan sebentar..
SMS / TEL : 0162581268
atau email hasliza_jamil@yahoo.com